MAKLUMAT PEMBAYARAN DAN PERKHIDMATAN



Hubungi dan tentukan kekosongan tarikh anda.
NIKMATI 3X LANGKAH PEMBAYARAN
dan 4X LANGKAH PEMBAYARAN bagi PAKEJ RM2K ke atas.

LANGKAH PERTAMA
Deposit tempah tarikh.
RM 100 - RM 300
Mengikut bilangan hari yang ditempah atau 10% daripada harga pakej.

LANGKAH KEDUA
Pembayaran Pengesahan Upah Kerja.
50% baki harga perkhidmatan dibayar 2 minggu sebelum majlis berlangsung.

LANGKAH KETIGA (RM2K ke atas)
 20% baki harga perkhidmatan dibayar selepas selesai penggambaran di majlis.

LANGKAHTERAKHIR
Pembayaran Baki Akhir Kos Proses Studio.
Perlu diselesaikan sepenuhnya apabila album telah siap diedit (90% siap), sebelum proses album di Studio Gambar.
ALBUM SIAP SEPENUHNYA dan BOLEH DIAMBIL DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA SELEPAS PEMBAYARAN BAKI AKHIR DIBUAT,
TANPA MEMBAYAR APA-APA LAGI PEMBAYARAN.



IKUTI LANGKAH YANG SANGAT MUDAH INI 




1.Whatsapp Sis Feeza 0172908745
untuk mengetahui dan mengesahkan kekosongan tarikh anda.








2.Sekiranya tarikh anda tersedia, anda boleh menempah dengan berjumpa secara brsemuka untuk membayar deposit tempah tarikh dan mengisi borang maklumat pelanggan.

Bagi pelanggan yang berada di luar Melaka boleh membayar deposit tempah tarikh anda secara 'bank in' dan whtsapp slip bank n anda. Resit pembayaran akan dihantar melalui whtsapp juga.




3.Bayar deposit ke2 anda dua minggu sebelum majlis anda dilangsungkan.
Whtsapp kad perkahwinan anda dan 'share location' majlis anda melalui aplikasi whtsapp.






4.Setelah album anda siap diedit, tunggu sehingga dimaklumkan untuk pembayaran baki akhir perkhidmatan anda.
Anda boleh mengambil album anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh anda 'bank in' baki akhir.
(Pelanggan yang bekerja di luar Melaka perlu mewakilkan ahli keluarga yg berada di Melaka untuk mengambil album yg telah siap)










PERHATIAN

a. Deposit dikira HANGUS sekiranya pelanggan membatalkan perkhidmatan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

b. Sekiranya pelanggan TIDAK MEMBAYAR deposit kedua iaitu 60% daripada baki pembayaran, 2 minggu sebelum majlis, pelanggan akan dianggap telah membatalkan perkhidmatan fotografi kami dan pelanggan tidak layak untuk menuntut kembali deposit pertama mereka.Rundingan diperlukan sekiranya pelanggan mempuyai masalah berbangkit.


c. Pelanggan perlu bersabar menanti barangan siap.Sila beri tempoh dari 1-3 bulan bergantung kepada musim, pakej yang dipilih dan jenis album.

d. Segala pembayaran perlu dibuat dalam bentuk tunai.Sebarang cek atau selain tunai tidak diterima.

e. Sekiranya pelanggan tidak mengambil barang2 yang telah siap dalam tempoh SEBULAN barangan tersebut akan menjadi HAK MILIK FPCT Photography.Pelanggan juga tidak boleh menuntut sebarang deposit yang telah dibayar.

f. FPCT Photography berhak menggunakan hasil kerja dan gambar pelanggan untuk sebarang promosi dan iklan tanpa sebarang royalti.